Beliau adalah penganas Sulu yang berhaluan kiri.
Sedikit sebanyak mengenai sejarahnya.
Untuk pengetahuan Umum, En. Jamalul III bukanlah keluarga
Kiram yang sebenar. Dia tidak layak di panggil Sultan Sulu
kerana beberapa faktor yang beliau disahkan bukanlah Sultan
Sulu yang ada royal order atau excutive order. Pada tahun
1972, Sultan Muhd Mahakuttah A Kiram telah menaiki takhta
sebagai Sultan Sulu yang sah yang mempunyai Royal order
atau excutive order No 427. Namun pada masa yang sama En.
Jamalul III cuba untuk mengumpul orang-orang kampung untuk
melantik dirinya sebagai Sultan. Tentera kerajaan Filipina
cuba menangkap Jamalul namun dihalang oleh HM. Sultan Muhd
Mahakuttah Kiram kerana masih menganggap saudara. Mereka
ini semua berketurunan lanun. Datu punjungan iaitu ayah
kepada En. Jamalul III bukanlah dikalangan ahli kerabat
diraja Sulu kerana Moranafsa iaitu nenek kepada Jamalul
III itu pernah berkahwin dengan seorang panglima Sulu iaitu
bernama Imam Amil Hamzah. Namun Amil Hamzah telah berkelana
ke Bulungan Indonesia kerana arahan Sultan Mawalil Wasit
II pada masa itu. Moranafsa mengandung 4 bulan semasa ditinggalkan
oleh Imam Amil Hamzah tanpa diberi nafkah zahir dan batin.kemudianya
Moranafsa di pelihara oleh baginda Sultan Mawalil Wassit
sebagai perikemanusian, akhirnya Moranafsa melahirkan Punjungan
di Istana Sulu yang mana akhirnya punjungan menggunakan
nama Kiram. Kekeliruan ini berlarutan apabila punjungan
ingin dilantik menjadi Raja Muda Sulu. Namun sultan telah
mewasiatkan bahawa anaknya sulung iaitu Sultan Esmail. E
Kiram I sebagai yang berhak menduduki takhta Sulu dan diteruskan
oleh anakanda baginda iaitu Sultan Muhd Mahakuttah Kiram.
2. Berikut adalah skrip temu ramah Tuanku Mudarasulail bersama
The Star Online mengenai kedudukan Sabah.
Temu Ramah
-
apa perlunya kita menuntut negara yang sudah maju, yang
ada pembangunan, rakyatnya hidup makmur,
-
kenapa kita tidak fikir Sulu , yang menderita .. tidak ada
air, tidak ada jalan raya... kenapa tidak itu yg kita fikir?
-
kenapa kita fikir SABAH ? kerana sabah sudah maju ? jadi
mereka ini ambil kesempatan kemelut atas sabah ..
-
SABAH SEBENARNYA ADALAH MILIK MALAYSIA. Rata-rata tahun,
dunia tahu bahawa SABAH ADALAH MILIK MALAYSIA.
-
Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia masih lagi membayar
ufti kepada kerajaan SULU sebanyak RM 5000
-
Hanya KIRAM saja berhak bercakap tentang Sabah, orang lain
tidak boleh masuk campur.
-
Filipina tidak ada hak LANGSUNG dengan Sabah, yang berhak
adalah atas Sabah ialah RAKYAT SABAH DAN PEWARIS KESULTANAN
SULU.
-
Dan beta sendiri, tidak langsung berhak bercakap tentang
Sabah
-
Sabah sudah maju, ada masjid, ada berbagai-bagai pembangunan
...
-
Jadi Beta berasa bangga, NEGARA beta sendiri sudah di majukan
Sabah, jadi apa yang kita kecoh-kecoh nak TUNTUT SABAH ??
-
Saya masih banyak lagi negara di Jolo, pulau- pulau yang
ketinggalan mundur, perlu banyak di majukan.
-
Ini hasrat Beta ke sini adalah untuk, nak majukan yang ROSAK,
bukan yang dah maju nak ROSAKKAN SEMULA...
-
Itu bukan agenda beta, agenda beta ialah membina yang rosak
untuk di pulihkan.
-
SABAH KETEPI, ITU MILIK ORANG LAIN... MILIK-MILIK MALAYSIA
SEBENARNYA..
Sulu in need of development
The Star - 27 September 2010
3. Pencerobohan penganas dan lanun Sulu di Sabah adalah
tidak kena-mengena dengan pewaris Sultan Sulu, Rumah Bicara
Sulu, Ahli Majlis DiRaja Sulu, Kesultanan Sulu dan Kerabat
DiRaja Sulu.